Write For Us

Umno tentukan MB S'gor selepas PRU14, kata Zahid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Umno Selangor perlu memberikan fokus kepada usaha untuk memenangi semula negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 sebelum memikirkan tentang calon menteri besar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Naib Presiden Umno itu berkata calon menteri besar hanya akan ditentukan jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri itu.
“Kita tidak pernah memikirkan siapa jadi Menteri Besar Selangor. Malah Tan Sri Noh Omar sendiri sudah luahkan tidak berminat menjadi menteri besar, hanya tunjuk kepimpinan sahaja,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Umno Selangor 2017 di Dewan Merdeka , Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
"Soal siapa Menteri Besar (Selangor) setelah kita melepasi jambatan PRU14," tambah Zahid
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar, timbalannya, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dan dua bekas Menteri Bekas Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment