Write For Us

Zahid harap Shahrizat diberi jawatan ‘teramat penting’ selepas PRU14

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil diberikan jawatan ‘teramat penting’ selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Selain itu beliau juga berharap agar bajet 2017 untuk wanita ditambah supaya dapat lebih memperkasakan golongan itu.
“Saya berjanji bahawa saya akan berbisik kepada (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) yang angka itu akan ditambah menjadi dua kali ganda.
“Saya harap Jawatankuasa akan bekerjasama terus dengan kerajaan dan biarkan kami terjemahkan menjadi realiti. Saya berharap Shahrizat akan diberi jawatan selepas PRU,” kata Zahid dalam ucapannya ketika Majlis penutupan Seminar Antarabangsa wanita dalam politik 2017 di PWTC, hari ini.
Zahid bagaimanapun tidak menerangkan secara lanjut bentuk jawatan yang dimaksudkan itu.
Zahid turut berkata BN mempercayai kebolehan wanita apabila mengetengahkan lebih golongan itu menjadi calon terutamanya pada PRU14 berbanding PRU sebelum ini.
“Akan ada lebih ramai calon wanita mewakili BN dalam PRU14 berbanding PRU sebelum ini. Saya percaya kebolehan wanita sekiranya diberi kepercayaan atau tanggungjawab.
“Sekarang saya terfikir sama ada di sebelah sana akan berbuat perkara yang sama terutamanya apabila pemimpin pembangkang di Dewan Rakyat adalah wanita,” katanya.
Shahrizat sebelum ini merupakan Anggota Parlimen Lembah Pantai 1995 sehingga 2008 namun kalah kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Beliau juga merupakan bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia bagaimanapun berundur dari jawatannya susulan kontroversi National Feedlot Corporation (NFC).
Shahrizat melepaskan jawatannya daripada Kabinet pada 11 Mac 2012, sebulan sebelum tempohnya sebagai ahli Dewan Negara berakhir.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment