Write For Us

Umno T'ganu cari pengganti susulan perletakan jawatan Razif

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
62 Views
Published
Umno Terengganu akan melantik anggota dewan undangan negeri (Adun) lain bagi menggantikan posisi Adun Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai ketua pembangkang DUN.
Pengerusi Umno negeri Datuk Seri Ahmad Said yang bercakap kepada Malaysiakini ketika dihubungi berkata pada masa ini pihaknya masih menunggu surat pengesahan daripada Pejabat DUN Terengganu susulan peletakan jawatan Ahmad Razif itu.
Semalam media melaporkan Ahmad Razif yang juga bekas menteri besar Terengganu melepaskan jawatan itu.
Beliau dipercayai berbuat demikian bagi memberi laluan kepada Ahmad Said yang juga Adun Kijal memegang jawatan itu susulan pelantikannya sebagai pengerusi Umno Terengganu, bulan lalu.
Ahmad Razif dilantik sebagai ketua pembangkang pada 1 Julai 2018.
Beliau menjadi menteri besar Terengganu sejak 2014 hingga Mei 2018, apabila PAS menang di Terengganu pada PRU ke-14 (PRU14).
Ahmad pula memimpin negeri itu sejak 2008 hingga 2014.
Sementara itu ditanya mengenai alasan Ahmad Razif meletakkan jawatan itu, Ahmad Said bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Sebagai rekod, Umno memenangi 10 daripada 32 kerusi DUN Terengganu pada PRU14, manakala PAS menang 22 kerusi untuk mentadbir negeri itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment