Write For Us

DUN T'Ganu: Pertarungan Razif dan Ahmad Said bermula

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
167 Views
Published
Kira-kira 100 orang penyokong Ahmad Razif Abdul Rahman memenuhi perkarangan lobi Wisma Darul Iman bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Terengganu itu.
Penyokong yang terdiri daripada NGO Pertubuhan Amal Maaruf Peribumi (KAMP) turut membawa kain rentang yang bertulis 'Kami menyokong penuh kepimpinan Ahmad Razif. #respekmyMB' serta plakad 'Hidup MB. Teruskan T.T.B (Transformasi Terengganu Baru).
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir itu kemudian tiba pada jam kira-kira 9.20 pagi dan disambut dengan laungan 'Hidup MB'.
Ahmad Razif yang mengenakan baju Melayu berwarna ungu kemudian bersalaman dengan semua penyokongnya yang hadir sebelum memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Selepas itu, bekas menteri besar Terengganu Ahmad Said pula tiba. Ketika ditanya sama ada akan ada usul undi tidak percaya daripadanya pada sidang DUN hari ini, Ahmad Said hanya berkata:
"Pasal apa, belum nampak agenda. Saya seorang sahaja."
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment