Write For Us

"Mu cerdik ke bodoh" Mat Said kepada Razif

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
183 Views
Published
"Bawa usul ke MT, usul nak pecat saya. Saya nak tanya, itu cerdik ke bodoh? MT tak berani pecat saya sebab (kerusi akan jadi) 16-16. Apa implikasinya? Kalau cerdik fikir pasal politik, takkan (Umno) nak gali kubur sendiri. Itu luahan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
"Bila 16-16, dia (Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman) kena hadap tuanku bahawa ia kerajaan yang tergantung, dan tak boleh buat keputusan. Dia kena hadap tuanku untuk minta supaya (DUN) bubar," jelasnya.
Kemelut berlaku ketika Ahmad Said berkhidmat sebagai menteri besar Terengganu sebelum digantikan secara kontroversi dengan Ahmad Razif pada 2013.
Ahmad pernah membawa usul undi tidak percaya sebelum ini dan beliau turut dilaporkan sebelum ini akan meninggalkan parti dan bekerjasama dengan PAS.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment