Write For Us

Video: Farid Kamil direman 4 hari

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
184 Views
Published
Pelakon dan pengarah filem terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari direman empat hari bermula hari ini selepas dipercayai menampar anggota polis trafik selain menendang dua orang awam di Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam.
Majistret Zaki Asyraf Zubir mengeluarkan perintah reman terhadap pelakon berusia 37 tahun itu sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan.
Pelakon itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, Farid yang memakai baju lokap ungu tiba dengan menaiki trak polis pada pukul 10.07 pagi.
Prosiding bermula jam 10.35 pagi dan mengambil masa 15 minit sebelum dia dibawa keluar, lapor Harian Metro.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment