KiniTV akan didakwa di mahkamah esok susulan penyiaran sebuah video yang memaparkan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mengkritik Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali.
Selepas menyerbu dan merampas komputer Malaysiakini awal bulan ini, pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) petang ini menghantar notis hadir ke Mahkamah Khas Siber di Kuala Lumpur awal pagi esok.
KiniTV, saluran video atas talian Malaysiakini, akan dituduh membuat dan menghantar komunikasi 'jelik' dengan niat 'menyakitkan hati orang lain' melalui video bertajuk 'Khairuddin: Apandi Ali tidak layak jadi AG, wajar segera letak jawatan'.
KiniTV akan dituduh bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.
Jika sabit kesalahan seseorang itu boleh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Dua pengarah KiniTV, Steven Gan dan Premesh Chandran turut akan didakwa bawah kesalahan sama.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka turut didakwa bawah Seksyen 244(1) akta yang sama, susulan jawatan masing-masing dalam syarikat itu.
Steven dan Premesh juga pengasas bersama Malaysiakini.
Video itu berkisar mengenai sidang akhbar Khairuddin, bekas naib ketua Umno Batu Kawan, yang membidas Apandi dan menuntutnya meletak jawatan kerana enggan membuat pendakwaan dalam kes 1MDB.
Sebelum ini, SKMM mengarahkan KiniTV mengeluarkan laporan berkenaan kerana didakwa melanggar Akta Multimedia dan Komunikasi, berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
KiniTV bagaimanapun hanya memadamkan perkataan 'haprak' yang digunakan oleh Khairuddin untuk menggambarkan AG.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment