Write For Us

Video Penuh Pekongsian Ilmu Bersama PU Riz & Neelofa Sempena Sambutan Maulidur Rasul di KasihNeelofa

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
46 Views
Published
Neelofa akhirnya mendedahkan sebab dia mengenakan niqab menerusi sesi live di Instagram Kasih Neelofa sempena sambutan Maulidur Rasul, pada Khamis.

Neelofa berkata, keputusan untuk memakai niqab bukan perkara mudah malah tidak pernah terfikir untuk tentang perkara tersebut selama ini.

Namun selepas memahami dan mengetahui tentang ganjaran yang akan diperoleh, Neelofa mengorbankan perkara paling disukainya iaitu tentang kecantikan.

“Wanita memang sukakan kecantikan. It’s all about beauty, semua nak cantik…Pantang ada produk cantik semua nak beli, sebab itulah lumrah wanita

“Saya sendiri nak tutup wajah saya dengan niqab ni pun bukan satu perkara yang mudah. Saya tak pernah terfikir akan mengenakan niqab

“Tetapi selepas saya faham dan saya tahu tentang ganjaran dan juga apa yang akan diperoleh, maka saya korbankan apa yang saya paling suka iaitu tentang kecantikan,” katanya.

Selain itu Neelofa turut berkongsikan mengenai pesanan Rasulullah SAW buat wanita dan tafsir mengenai ‘Hur Al-Ayn’ (Bidadari Syurga) daripada Al-Quran mengenai kecantikan sebenar seorang wanita.

Selain Neelofa dan PU Haris (PU Riz) yang merupakan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, perkongsian ilmu tersebut turut menampilkan Khairul Hakimin Muhammad sebagai moderator.

https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
MAHATHIR, ANWAR IBRAHIM, SABAH
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment