Write For Us

Visual: Lelaki maut dihempap runtuhan struktur besi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
174 Views
Published
Seorang pekerja buruh binaan maut apabila struktur besi runtuh dan menimpanya dalam kejadian di Blok B, One Damansara jalan Dataran Sri Damansara 2, pagi semalam.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul mengesahkan kejadian tersebut dan berkata ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja meruntuh struktur bumbung gelanggang sebelum struktur besi tersebut tiba-tiba terjatuh dari ketinggian 10 meter dan menghempap mangsa.
Mohd Sani berkata pihaknya tiba di tempat kejadian kira-kira jam 11.19 pagi bersama satu jentera bagi khidmat khas kemalangan industri.
Jelasnya lagi, mangsa meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment