Seorang pemandu kereta wanita maut dihempap besi yang dipercayai terjatuh dari sebuah kren di tapak pembinaan
di Jalan Raja Chulan, di ibunegara malam tadi.
Dalam kejadian 7.20 malam itu, besi berkenaan dipercayai terjatuh dari kren di sebuah tapak pembinaan, bersebelahan pusat beli-belah Pavilion dan menimpa kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.
Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohd Samsol Maarof Saibani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada 7.21 malam dan tiba di lokasi 15 minit kemudian.
Beliau berkata kerja-kerja mengalihkan besi yang menimpa kereta berkenaan sedang dilakukan.
Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis menyiasat insiden itu mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai.
Beliau berkata polis menerima maklumat berhubung insiden penyangkut kren yang terjatuh itu pada 7.18 malam.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment