Write For Us

'Wajibkan belajar jawi, Mandarin dan Tamil di sekolah'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Pemuda PAS menyarankan agar subjek tulisan jawi diwajibkan dipelajari di sekolah-sekolah kebangsaan, selain bahasa Mandarin dan Tamil.
"Pemuda ingin mencadangkan, kita wajibkan kembali subjek pendidikan jawi di sekolah-sekolah kebangsaan.
"Kedua, kita wajibkan juga subjek bahasa Mandarin dan bahasa Tamil di sekolah kebangsaan. Jadikan subjek wajib," kata ketuanya Khairil Nizam Khirudin.
Menurutnya cadangan itu dikemukakan kerana Pemuda PAS tahu salah satu faktor yang membolehkan berlaku integrasi di peringkat nasional adalah melalui penguasaan bahasa.
Semalam, wakil Muslimat PAS menyeru Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menamatkan sistem pendidikan vernakular di negara ini.
Ketika berucap membahaskan ucapan dasar presiden sempena muktamar ke-65, Salamiah Md Nor berkata beliau melihat sistem yang diamalkan sekarang tidak membawa kepada perpaduan antara rakyat di negara ini.
Menurut naib ketua Muslimat PAS itu, Maszlee dilihat tidak melihat lebih jauh sistem pendidikan negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment