Write For Us

Nazri nafi mahu tutup sekolah aliran Cina, Tamil

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Nazri Aziz berkata kenyataannya mengenai sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil baru-baru ini disalah petik media.
Kata Nazri dalam kenyataannya beliau menekankan bahawa semua pihak perlu menghormati hak orang Melayu dan bumiputera.
Menurut bekas menteri itu, jika ada pihak yang membangkitkan isu berkenaan atau mempertikaikannya orang Melayu dan bumiputera akan menyoal isu berkaitan bukan Melayu.
Keadaan itu, katanya, boleh mendorong rasa tidak puas hati dan akhirnya mungkin mengundang desakan supaya sekolah-sekolah vernakular ditutup.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di PWTC hari ini.
Semalam semasa berkempan membantu calon BN di Semenyih Nazri dilaporkan berkata orang bukan Melayu perlu memahami mereka juga mempunyai hak istimewa di negara ini.
Laporan itu mengundang kecaman beberapa pihak dalam kalangan parti bukan Melayu, seperti MCA dan Gerakan.
Menjelaskan kenyataan itu hari ini Nazri berkata tuduhan beliau mahu menutup sekolah aliran Cina dan Tamil adalah tidak berasas.
Tambahnya mungkin ada media yang memihak kepada parti tertentu sehingga memetik kenyataannya di luar maksud sebenar.
Namun kata Nazri beliau tidak akan menyaman mana-mana pihak berhubung isu berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment