Write For Us

Wan Azizah, 3 lagi diarah bayar RM2j pada Felda

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bekas timbalan presiden Dr Syed Husin Ali dan dua yang lain membayar Felda dan Felda Global Ventures (FGV) RM2 juta berhubung laporan yang memfitnah yang diterbitkan dalam akhbar Suara Keadilan.
Bekas editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib dan penulis artikel Rusnizam Mahat turut dinamakan sebagai defendan.
Saman itu berhubung dua artikel pada 2010 bertajuk “Felda Bankrap” dan “Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu”.
Hakim Su Geok Yiam berkata jumlah permulaan RM70,000 ditetapkan penolong kanan pendaftar terlalu rendah.
Hakim Su turut berkata dakwaan artikel berkenaan menjejaskan harga saham FGV.
Dimaklumkan bahawa jumlah saman RM2 juta itu merupakan antara yang paling tinggi pernah diberikan.
Hakim turut mengarahkan Wan Azizah dan defendan lain membayar RM25,000 kos kepada plaintif.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment