Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini untuk bertemu dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar hadir ke mahkamah berhubung satu kes perbicaraan terhadap Utusan Melayu.
Kelihatan anak Anwar, Nurul Izzah tiba di perkarangan luar mahkamah.
Turut kelihatan bekas Anggota Parlimen Padang Serai, Tan Sri N.Gobalakrishnan.
Pada Isnin lalu, Anwar melawat isterinya yang dimasukkan ke Hospital Pakar Al-Islam.
Kehadiran bekas ketua pembangkang itu dikawal ketat oleh anggota-anggota pengawal penjara.
Setiausaha politik Wan Azizah, Rodziah Ismail dalam satu kenyataan berkata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dimasukkan ke hospital untuk menjalani satu rawatan.
Bagaimanapun, katanya, keadaan Presiden PKR itu tidak membimbangkan.
Beliau juga tidak mengulas lanjut sebab sebenar Wan Azizah dimasukkan ke hospital.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment