Jika Tun Dr Mahathir Mohamad cukup bagus menyatukan pembangkang, bekas perdana menteri itu tidak perlu bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata presiden PKR hari ini.
Bercakap kepada media, Datuk Ser Dr Wan Azizah Wan Ismail memberitahu dalam keadaan sekarang Dr Mahathir masih berjumpa dengan bekas timbalannya pada suatu ketika dulu.
Dr Wan Azizah ditemui pada majlis pelancaran buku veteran politik, Dr Syed Husin Ali, di Subang Jaya.
Pertemuan Dr Mahathir dan Anwar itu berlangsung kira-kira 45 minit. Ia adalah pertemuan terbuka kedua mereka sejak Anwar dipecat Dr Mahathir daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998.
Pertemuan pertama mereka - juga di mahkamah - berlangsung pada 5 September 2016.
Dr Wan Azizah sebelum itu ditanya mengenai kemungkinan Dr Mahathir kini mengambil tugas sebagai pemimpin sebenar pembangkang kerana dilihat lebih ke depan berusaha menyatukan pelbagai parti bagi menghadapi BN.
Untuk rekod, Dr Wan Azizah adalah ketua pembangkang ketika ini.
Kata anggota parlimen Permatang Pauh itu, tugas sebagai ketua pembangkang memang mencabar namun pujian patut diberikan kepada Anwar.
Anwar dianggap berperanan menyatukan pembangkang bagi menghadapi BN pada pilihan raya umum ke-13 pada 2007.
Tindakan itu berjaya membuat BN menguasai Dewan Rakyat hanya dengan majoriti mudah.
Bagaimanapun pakatan pembangkang bermasalah selepas Anwar dipenjara untuk kali kedua pada 2015 atas tuduhan meliwat yang didakwa sebagai bermotifkan politik..

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment