Write For Us

Wan Azizah persoal gaji KP JASA lebih dari menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempersoalkan tindakan kerajaan membayar gaji kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), terutamanya jawatan ketua pengarah, melebihi daripada gaji seorang menteri Persekutuan.
Wan Azizah berkata berdasarkan semakan senarai perjawatan 2018, ketua pengarah agensi itu dibayar gaji berdasarkan kod gaji VU7 sehingga maksimanya RM20,592 lebih daripada gaji menteri komunikasi dan multimedia sebanyak RM14,907.20.
Beliau juga mempertikaikan rasional membayar emolumen sebanyak RM12.8 juta untuk 272 kakitangan JASA yang cuma berperanan semata-mata juru kempen Umno-BN.
"JASA mempunyai kakitangan seramai 272 orang dengan dibayar emolumen sebanyak RM12.8 juta. Semakan saya ke atas senarai perjawatan 2018 mendapati ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas dibayar gaji berdasarkan kod gaji VU7 sehingga maksimanya RM20,592 lebih dari gaji menteri komunikasi dan multimedia yang sebanyak RM14,907.20 sebulan. Ini menunjukkan bahawa gaji ini lebih dari gaji menteri lagi. Apakah tugas-tugas yang sungguh istimewa ini mendapat bayaran lebih dari gaji menteri?
"Apakah kewajaran membayar gaji KP JASA dibayar gaji pokok maksimanya lebih daripada gaji seorang menteri persekutuan?
"Apakah keperluan gaji KP JASA melebihi gaji kakitangan awam yang berkhidmat berpuluh-puluh tahun?" soal Wan Azizah ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini.
Wan Azizah juga mencadangkan agar lebih wajar emolumen kakitangan JASA dibayar langsung oleh ibu pejabat Umno dan BN, dan bukannya menggunakan dana awam rakyat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment