Write For Us

Jailani jawab Wan Azizah isu gaji KP JASA

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata tangga gaji bagi jawatan ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) ditentukan oleh Kementerian Kewangan, yang sebelum ini dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Jailani berkata antara tugas sebagai ketua pengarah agensi itu adalah mengatur rancangan dan mengatur strategi program dan aktiviti bagi mendidik dan menyakinkan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan berdasarkan fakta yang tepat, menggerakkan pembaharuan pemikiran ummah bagi menghadapi gelombang globalisasi dan teknologi maklumat serta membuat analisa pola dan sikap rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan.
Di samping itu, kata Jailani, JASA berperanan memberi penjelasan berkaitan dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa selaras dengan tujuan penubuhan agensi itu untuk memelihara dan mempertahankan kestabilan politik negara dengan memberi kesedaran dan kefahaman yang berkualiti tepat dan jelas kepada masyarakat.
Beliau berkata demikian menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung persoalan gaji ketua pengarah JASA yang melebihi gaji daripada menteri Persekutuan.
- Wan Azizah persoal gaji KP JASA lebih dari menteri
Wan Azizah berkata berdasarkan semakan senarai perjawatan 2018, ketua pengarah agensi itu dibayar gaji berdasarkan kod gaji VU7 sehingga maksimanya RM20,592 lebih daripada gaji menteri komunikasi dan multimedia sebanyak RM14,907.20.
Beliau juga mempertikaikan rasional membayar emolumen sebanyak RM12.8 juta untuk 272 kakitangan JASA yang cuma berperanan semata-mata juru kempen Umno-BN.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment