Write For Us

Wan Azizah ulas kejayaan setahun PH

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
60 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah meletakkan asas kukuh menerusi tadbir urus yang baik untuk membawa Malaysia membangun di landasan yang betul.
Beliau berkata setahun mentadbir negara, PH telah berusaha mengisi harapan rakyat yang menukar kerajaan melalui Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018.
"Realitinya, kita adalah kerajaan baharu tanpa pengalaman walaupun Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohamad) adalah yang paling berpengalaman dalam dunia. Penting untuk kita (meletakkan) ‘good governance’ bagi mentadbir Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya serta memenuhi harapan yang rakyat mahu kita laksanakan.
"Ada yang mengatakan kita (PH) mengambil masa terlalu lama tetapi setahun adalah masa yang singkat untuk kita menilai pencapaian, namun kita boleh lihat apakah usaha-usaha yang telah diletak (oleh kerajaan PH)," katanya kepada pemberita dalam temu bual khas sempena setahun pentadbiran kerajaan PH di pejabatnya di bangunan Parlimen, baru-baru ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment