Write For Us

Wanita beri 2/3 majoriti, BN pinda Seksyen 88(A)

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Perdana Menteri Najib Abdul Razak menggesa golongan wanita memberikan dua per tiga majoriti kepada BN jika mereka mahu melihat usul Seksyen 88A diperkenalkan dalam Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (LRA).
Seksyen 88A yang akan memberhentikan penukaran agama anak secara sepihak, tidak mendapat kelulusan dalam pindaan ke atas LRA dalam sidang parlimen lalu.
“Ada beberapa hal yang saya mahu lakukan, seperti (Seksyen) 88A, tapi kita perlukan dua per tiga majoriti (di parlimen) untuk meminda perlembagaan... malangnya kita tidak ada majoriti itu.
“Apa yang kita mahu buat dan apa yang kita mampu buat adalah dua hal yang berbeza.
“Kecuali jika golongan wanita berikan dua per tiga majoriti (dalam pilihan raya akan datang),” kata Najib pada sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dihadiri 1,000 wanita di Kuala Lumpur sempena Hari Wanita Kebangsaan.
Kerajaan BN yang diterajui Najib mempunyai 134 penggubal undang-undang dari 222 kerusi Dewan Rakyat – kurang 14 kerusi untuk dua per tiga majoriti.
Najib berkata demikian sebagai menjawab salah seorang peserta yang menggesa kerajaan meluluskan Seksyen 88A yang akan melarang penukaran agama anak secara sepihak.
Seksyen 88A(1) menyatakan bahawa “Jika suatu pihak kepada sesuatu perkahwinan telah masuk Islam, agama mana-mana anak dari perkahwinan itu hendaklah kekal sebagai agama pihak-pihak kepada perkahwinan itu sebelum penukaran agama itu, kecuali jika kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu bersetuju akan penukaran agama anak itu kepada Islam, tertakluk kepada keinginan anak itu apabila dia telah mencapai umur lapan belas tahun.”
Seksyen itu dikatakan melanggar Artikel 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan “agama individu di bawah usia lapan belas tahun harus diputuskan oleh orang tua atau penjaganya”.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment