Write For Us

Waran tangkap dikeluar ke atas Jamal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos selepas Ketua Umno Sungai Besar itu gagal menyerahkan diri.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Jamal diberi masa secukupnya untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan terhadapnya.
Fuzi meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan lokasi Jamal dapat berhubung dengan polis di balai yang berdekatan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali sudah disenaraihitam daripada ke luar negara.
Ia berikutan spekulasi menyatakan ahli politik kontroversi itu telah lari ke Indonesia.
Mustafar bagaimanapun berkata setakat ini tiada rekod menunjukkan Jamal sudah meninggalkan negara.
Jamal didakwa bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas beliau memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan sekretariat kerajaan negeri Selangor.
Jamal juga disiasat bawah Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata api semasa dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment