Write For Us

Warga emas mengaku tidak bersalah dera budak 6 tahun

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
160 Views
Published
Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan menampar dan memukul seorang kanak-kanak perempuan yang video kejadian tular di media sosial awal bulan ini.
Tertuduh V Tanawali, 62, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.
Tertuduh didakwa melakukan penganiayaan dengan memukul menggunakan rotan di bahagian muka, badan dan kaki serta tangan terhadap seorang kanak-kanak berusia enam tahun di sebuah rumah Taman Puchong Perdana, Jalan Mawar 1, Bukit Puchong jam 11 pagi pada September tahun lalu.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Julai ini untuk sebutan semula kes.
V. Tanawali dituduh mengikut Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak- Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang daripada RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suloshani a/p Vijendran Vellupillai manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Suraj Singh.
Pada awal Jun lalu, video berdurasi dua minit 50 saat itu yang dirakam rakan baik tertuduh dimuat naik sebelum menjadi tular di FB dan difahamkan, wanita itu menjaga kanak-kanak berkenaan sejak ibunya meninggal dunia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment