Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun akan menyiasat kejadian pengamal media dikasari susulan insiden pergaduhan yang tercetus di luar bilik gerakan utama PH selepas media melaporkan keputusan tidak rasmi pilihan raya kecil (PRK) Rantau yang memihak kepada calon BN Mohamad Hasan.
Situasi tegang berlaku apabila ahli PKR dari Kuala Lumpur menyalahkan ahli parti dari kalangan penduduk tempatan susulan keputusan yang tidak memihak kepada calon mereka, Dr S Streram.
Susulan itu, berlaku jerit-menjerit menggunakan kata-kata kesat.
Dalam beberapa minit, situasi kemudian bertukar menjadi pergelutan.
Wartawan Kini TV yang berada di bilik gerakan utama diarah berhenti membuat rakaman pergaduhan itu, sementara telefon bimbitnya dirampas oleh individu yang berada di situ.
Wartawan Kini TV Daniel Anthony yang berada di bilik gerakan utama diarah berhenti membuat rakaman pergaduhan itu, sementara telefon bimbitnya ditolak supaya insiden tersebut tidak dirakam oleh individu yang berada di situ.
Selain itu, wartawan lain turut diberi amaran supaya tidak merakamkan insiden tersebut.
Bagaimanapun, keadaan dileraikan selepas ahli-ahli parti meminta semua pihak bertenang.
Manakala, individu yang terlibat dalam pergaduhan itu diminta beredar daripada lokasi tersebut.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment