Write For Us

"Yang tinggi harga bukan sebab GST," terang Husni

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menemplak sesetengah pihak yang sering mempertikaikan tindakan kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak ia diperkenalkan pada 1 April 2015.
Bekas menteri kewangan itu berkata Malaysia perlukan perubahan seiring dengan peredaran semasa dengan menyertai 170 buah negara yang menukar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada GST.
Ahmad Husni juga menafikan kenaikan harga barang adalah disebabkan GST dan berharap pengenalan cukai itu akan memberi kesan kepada penurunan harga barang pada masa depan.
"Kita dalam dunia evolusi. Dulu kita di rumah pakai telefon besar, sekarang kita pakai telefon bimbit. Dalam telefon bimbit ini semua ada. Ini evolusi, modenisasi. Cukai ada perubahan. Kerajaan Malaysia buat GST bersama setelah 170 buah negara yang tukar kepada SST kepada GST kerana SST lebih membebankan.
"Jadi bila buat, kita buat sistem sama dengan lain, kemudian kita kondem. Adakah kita kondem negara-negara yang buat GST tersebut? Jadi, lupakan dan bergerak.
"Kalau SST, tiap-tiap peringkat kena bayar. Ini kita bayar 6% satu peringkat. Tetapi kadang-kadang kita buat fitnah, kena bayar 4 peringkat. Tidak. Yang tinggi harga bukan sebab GST. Saya sendiri ada maklumat dulu, saya pertikaikan beberapa banyak pihak kerana yang naik harga kerana 'cost push', 'demand pull' dan 'import inflation'.
"Bila bajet ini dia bagi peruntukan untuk pertanian, maknanya kita nak tukar pertanian kepada moden. Sekarang moden 20%, yang bukan moden 80%. Jadi yang moden ini produktiviti tinggi, harga murah. Insyallah pada masa depan, harga akan menjadi kurang," katanya pada perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment