Write For Us

Najib: Takkanlah harga ikan kembung naik sebab GST

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bukanlah satu-satunya punca peningkatan kos sara hidup kerana kerajaan sudah mengecualikan 578 barangan asas daripada cukai itu.
“Kita kecualikan 578 barang terutama sekali barang asas. Takkanlah harga ikan kembung naik kerana GST sebab ikan tiada GST. Macam-macam yang diperkatakan tidak berasaskan fakta," katanya.
Menurut Najib, kerajaan menimbang untuk melaksanakan GST sejak 1984 - ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad - tetapi akhirnya tiada keberanian untuk meneruskannya.
Bercakap dalam program Pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017 di Kuala Lumpur, beliau berkata kerajaan akhirnya mengambil langkah yang betul pada 2015 dengan melaksanakannya.
Justeru beliau berkata kerajaan sanggup menanggung sebarang akibat politik akibat pelaksanaan sistem cukai itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment