Write For Us

Zahid: Jangan biarkan Najib keseorangan 'dihenyak' dan 'ditembak'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak harus dibiarkan keseorangan untuk menghadapi serangan tanpa henti terhadap pentadbirannya.
Membuat seruan itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengulangi kesetiaannya kepada Najib dan menonjolkan peranan Majlis Perundingan Melayu (MPM) sebagai sebuah organisasi yang setia untuk menyumbang kepada agenda pembangunan negara.
"Dia (Najib) telah diasak, dihenyak dan ditembak dengan hujanan pelbagai isu tetapi kesabaran dan rintangannya luar biasa.
"Nasib baik dia tidak pernah hilang tumpuan kerana 'darah Tun Razak' mengalir dalam tubuhnya," kata Zahid dalam ucapannya ketika melancarkan ibu pejabat baru MPM yang terletak di salah satu banglo kerajaan di Jalan Ledang, Parlimen berhampiran di Kuala Lumpur.
"Saya berjanji saya akan terus membantunya untuk menterjemahkan komitmennya (ke arah pembinaan negara), tetapi jangan biarkan kami sendirian.
"Saya yakin MPM berada di belakang kita untuk membantu merealisasikan agenda (untuk menyatukan negara)," kata timbalan presiden Umno itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment