Write For Us

Kantung kering, Najib mungkin keseorangan - The Economist

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
140 Views
Published
Majalah The Economist tidak berlapik langsung dalam analisis mereka mengenai Datuk Seri Najib Razak dan peluangnya jika pilihan raya umum secara mengejut.
Malah pada perenggan pengenalannya pun analisis itu sudah tebal sindirannya.
Ia menyebut mana-mana pemimpin biasa bagi negara demokrasi, apabila didapati bersama hampir AS$70 juta wang yang tidak dijelaskan dengan baik daripada seseorang penderma asing tidak dikenali dalam akaunnya, akan jatuh segera dan perjalanan politik ditamatkan.
Namun hampir dua tahun selepas berita pertama mengenai akaun bank Najib begitu banyak, langkahnya tetap berterusan.
The Economist juga menyatakan, selain tidak dipaksa untuk berundur perdana menteri boleh dikatakan berada di kemuncaknya, mendapat sokongan padu daripada Umno dan terus tidak tergugat ketika beberapa negara menyiasat dakwaan salah laku kewangan dalam 1MDB.
Berdasarkan itu, majalah berkenaan menyatakan faktor-faktor yang membolehkan perdana menteri terus mengukuhkan kuasanya di tengah keadaan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment