Write For Us

'Zahid sedang buat yang terbaik'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Empat bulan tumbangnya Umno dan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, pelbagai peristiwa menimpa parti Melayu itu sejak detik bersejarah 9 Mei.
Masih mencari rentak sebagai pembangkang, Umno dalam tempoh itu menyaksikan kekalahan dalam PRK, bekas presidennya Datuk Seri Najib Razak diheret ke mahkamah, dan terbaru dua anggota Majlis Tertingginya bertindak keluar Umno dengan mengatakan parti itu tidak lagi berprinsip.
Tindakan itu disusuli pula dengan senarai tular 18 nama pemimpinnya yang dikatakan bakal menyusul, walaupun sebahagiannya sudah membuat penafian.
Dan ia berlaku kurang seminggu menjelang Perhimpunan Agung Umno pada 29 September ini.
Kini pandangan beralih kepada bagaimana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang mengambil alih jawatan presiden daripada Najib, mengendalikan keadaan itu.
Ketika wawancara bersama Malaysiakini, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri berkata Zahid kini sedang melakukan yang terbaik untuk memulihkan Umno.
Beliau berkata antara yang sedang dilakukan adalah pengubahsuaian daripada parti pemerintah kepada pembangkang dan ia tidak boleh dibuat secara terburu-buru.
Ismail berkata beliau sedar ada pemimpin dan anggota parti yang merasakan usaha itu terlalu perlahan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment