Write For Us

Waythamoorthy, Maszlee sudah buat yang terbaik - Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau percaya dua menteri kabinet, P Waythamoorthy dan Maszlee Malik sudah melakukan yang terbaik dalam menggalas tugas mereka.
"Ya (saya berpuas hati), mereka lakukan yang terbaik," katanya ketika ditanya media selepas menerima anugerah pencapaian seumur hidup dari Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di Kuala Lumpur malam ini.
Waythamoorthy dipilih sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi perpaduan negara dan kesejahteraan sosial manakala Maszlee dilantik sebagai Menteri Pendidikan selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum lalu.
Penasihat media Mahathir, A Kadir Jasin baru-baru ini mendakwa dalam blognya bahawa perdana menteri ada "memberi kuliah' kepada kedua-dua menteri itu secara khusus.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment