Write For Us

Zakaria tiba jumpa SPRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
174 Views
Published
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad kini berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.
Zakaria yang tiba sekitar jam 2.20 petang memberitahu pemberita, beliau berada di situ bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah urus dalam syarikat tersebut.
"Saya juga akan menyerahkan beberapa dokumen," katanya.
Semalam, Zakaria dan tiga pegawai FGV yang lain telah diminta untuk mengambil cuti.
Pengerusi FGV Tan Sri Isa Abdul Samad berkata, ini adalah keputusan yang dibuat oleh lembaga pengarah syarikat berkenaan.
Pada masa yang sama, Zakaria mendakwa telah cuba untuk menghentikan syarikat berkenaan dari melabur beratus-ratus juta ringgit dalam pelaburan yang disifatkannya sebagai 'tidak masuk akal'.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment