Write For Us

Zulhasnan 'kembali', Raja Nong Chik tetap Lembah Pantai

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
130 Views
Published
Dalam pengumuman calon BN bagi kawasan parlimen Wilayah Persekutuan hari ini, Umno kekal bertanding di enam daripada 13 kerusi manakala MCA di empat kerusi.
Ketua Pemuda Umno Cawangan Persiaran Kilang Adnan Abu Seman menggalas tanggungjawab merampas semula Parlimen Bandar Tun Razak daripada pembangkang.
Dua menteri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula akan bertanding di Titiwangsa dan Putrajaya.
Antara calon lain yang diumumkan adalah Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Lembah Pantai) dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Zulhasnan Rafique (Setiawangsa). Kedua-duanya bekas menteri.
Penyandang Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli akan mempertahankan kerusinya manakala Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan Datuk Yew Teong Look akan bertanding di Wangsa Maju buat kali ketiga.
Tiga lagi calon MCA adalah muka baru, iaitu Ketua Wanita Bahagian Cheras Heng Sinn Yee (Cheras), Ketua Wanita Bahagian Bukit Bintang Ann Tan Ean Ean (Bukit Bintang) dan Pembantu Setiausaha Bahagian Seputeh Chan Quin Er (Seputeh).
Gerakan bertanding di dua kerusi, iaitu Batu (Penyelaras Parlimen Bahagian Kepong Ong Siang Liang) dan Batu (Naib Presiden Dominic Lau).
Naib Presiden MyPPP Datuk Dr Loga Bala Mohan dicalonkan di Segambut. Sebelum ini kerusi Parlimen itu ditandingi Gerakan sejak diwujudkan pada 1995.
Tengku Adnan selaku pengerusi BN Wilayah Persekutuan menyerahkan watikah kepada calon. Pada acara sama BN turut membentangkan manifestonya untuk Wilayah Persekutuan
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment