Write For Us

Pertahan kerusi Lembah Pantai? Ini jawapan Nurul Izzah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Nurul Izzah Anwar membayangkan sekali lagi akan mempertahankan kerusi Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Naib Presiden PKR itu berkata segala keputusan itu tertakluk kepada arahan pucuk pimpinan parti.
Namun, kata Izzah, beliau yakin bukan semua warga Melayu akan menyokong Umno-BN ekoran tahap populariti Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hanya sekitar 16 hingga 18 peratus sahaja.
"Kita ikut dan akur pada arahan parti.
"Kita akan lawan. Saya akan buat yang terbaik. Saya diberikan dua penggal di sini oleh penduduk walaupun begitu sukar.
"Saya yakin bukan semua warga Melayu yang akan mendukung Umno-BN. Kenapa? Kerana kita tahu tahap populariti Najib Razak hanya sekitar 16 hingga 18 peratus sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan pemberita selepas melakukan lawatan di Kerinchi hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment