Write For Us

‘Penampilan Anwar di mahkamah dibatal dengan notis singkat’

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Meskipun mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir di mahkamah hari ini untuk penghujahan perbicaraannya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun perintah kehadiran (OTP) itu dibatalkan dengan notis singkat.
Oleh itu, peguamnya bercadang memohon kepada mahkamah untuk mengetepikan pembatalan OTP berkenaan.
"Anak guam saya mempunyai hak asasi di bawah perlembagaan untuk hadir pada perbicaraan rayuan ini dan kami akan memfailkan usul mengketepikan pembatalan perintah yang diberikan oleh pendaftar," kata peguam Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram di Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata mereka hanya dimaklumkan mengenai pembatalan OTP itu pada Jumaat lalu dan menerima surat mengenai perkara berkenaan semalam.
Rakan peguamnya, N Surendran berkata, permohonan ini berhubung hak litigan untuk hadir pada perbicaraan kes beliau, walaupun ia adalah kes sivil.
Mereka akan memfailkan permohonan itu dalam tempoh 10 hari, kata Sri Ram, kerana perlu membuat temujanji dengan pihak penjara untuk mendapatkan afidavit.
"Ini adalah satu formaliti melebihi kesukaran pita merah yang tidak munasabah," kata bekas hakim mahkamah persekutuan itu kepada panel tiga hakim.
Peguam persekutuan tidak mempunyai bantahan terhadap ini. Perbicaraan untuk permohonan tersebut kemudiannya ditetapkan pada 24 April.
Anwar pada tahun 2015 memfailkan saman terhadap SPR dan memohon pengisytiharan bahawa beliau layak mengundi pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada tahun sama dan pada semua pilihan raya akan datang.
Sebelum ini, pengerusi SPR ketika itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan berkata bahawa Anwar, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun, hilang kelayakan daripada membuang undi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment