Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tidak bersetuju dengan desakan pergerakan Pemuda AMANAH yang mahu isu pegawai kanannya direhatkan sementara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan.
Katanya, tidak ada keperluan berbuat demikian kerana sehingga hari ini tidak ada sebarang tindakan yang dikenakan terhadap pegawainya itu.
“Kalau orang kena siasat semua kena berhenti, banyaklah yang kena berhenti.
“Saya sendiri disiasat oleh polis berpuluh kali dalam hidup tapi yang didakwa satu, dua saja dan itu pun saya menang,” katanya dalam sidang media selepas majlis Perhimpunan Kementerian Pertahanan dan Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2018, di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur, hari ini.
Mohamad berkata demikian mengulas gesaan Ketua Pemuda AMANAH Mohd Sany Hamzan supaya pegawainya itu direhatkan susulan dakwaan rasuah.
Sany berkata meskipun mereka berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan, Pemuda AMANAH tidak dapat berkompromi dengan amalan yang didakwa itu dan menuntut pegawai tersebut direhatkan sementara SPRM melakukan siasatan.
Pada 14 Ogos lalu Malaysiakini melaporkan individu berkenaan disiasat susulan dakwaan menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan hutang dan keluar dari status muflis.
Antaranya bayaran itu didakwa dibuat beberapa hari selepas Mohamad, yang juga adalah presiden AMANAH, mengangkat sumpah sebagai menteri pertahanan.
Malaysiakini difahamkan pegawai itu masih bertugas seperti biasa.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment