Write For Us

1,721 kes jenayah seksual kanak-kanak dicatatkan setakat Jun

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
75 Views
Published
Sejumlah 1,721 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak direkodkan dalam tempoh Januari hingga 30 Jun tahun ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau berkata kes rogol mencatat jumlah paling tinggi dengan 651 kes; cabul 344 kes; sumbang mahram 106 kes; luar tabii 106 kes; dan kesalahan di bawah Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) sebanyak 514 kes.

RSN Rayer (PH-Jelutong) dalam soalan tambahan mengusulkan agar tertuduh yang sedang menunggu perbicaraan dan pesalah yang telah dibebaskan harus dipasang dengan alat pemantauan elektronik bagi melindungi kanak-kanak dengan lebih baik.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment