Write For Us

RUU Kesalahan Jenayah Seksual Kanak-Kanak dibentang minggu depan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
170 Views
Published
Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 bagi menangani kesalahan jenayah seksual kanak-kanak secara holistik dan komprehensif, akan dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat minggu depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata beliau yakin RUU itu akan mendapat sokongan semua anggota Parlimen dan seterusnya dapat diluluskan awal bulan depan.
"Esok Jemaah Menteri akan melihat rang undang-undang itu sebelum dibacakan buat kali pertama pada Isnin atau Selasa depan.
"Saya harap RUU ini akan jadi kenyataan sebagai menzahirkan tanggungjawab kita sebagai anggota Parlimen kepada rakyat terutamanya golongan kanak-kanak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Jabatan Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.
Ketika merasmikan Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan!!! di Pusat Dagangan Dunia Putra baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan mewujudkan undang-undang baharu bagi menangani jenayah itu.
Azalina yang juga anggota Parlimen Pengerang berkata usaha murni kerajaan itu dapat memantapkan undang-undang sedia ada bagi membanteras jenayah seksual kanak-kanak di negara ini.
"Insyallah pada sambutan Hari Wanita tahun ini, kita akan ada undang-undang baharu yang melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual," katanya.
Dalam pada itu Azalina berharap Jawatankuasa Bertindak Berkaitan Jenayah Seksual Kanak-kanak yang diumumkan penubuhannya Najib tahun lepas, akan menjadi platform kepada pelbagai agensi untuk berkongsi kepakaran dalam merangka
strategi terbaik menangani jenayah itu.
"Jawatankusa Bertindak yang dipengerusikan saya itu ditubuhkan bagi mengkaji dan meneliti pelbagai isu berkaitan jenayah kanak-kanak. Mesyuarat pertama diadakan 6 Sept lepas dan dua komponen utama pembanterasan jenayah itu berjaya
direalisasikan," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment