Write For Us

Rosmah bimbang jenayah seksual kanak-kanak meningkat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
148 Views
Published
Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bimbang dengan gejala jenayah seksual kanak-kanak di negara ini yang semakin meningkat saban hari.
Justeru, Rosmah yang merupakan penaung 'Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan!' menyeru orang ramai agar bersama-sama membendung jenayah berkenaan kerana ia merupakan jenayah yang serius.
"Saya tak berapa sedar perkara ini berlaku dan berleluasa.
"Bila saya memanggil pihak berkenaan yang melakukan kajian, siasatan terhadap penderaan seksual kanak-kanak, apabila saya dapat taklimat dari mereka, saya terkejut jumlahnya semakin naik dan betapa hebatnya perancangan mereka untuk terlibat dengan penderaan seksual kanak-kanak.
"Jadi saya rasa terpanggil untuk kita sedarkan masyarakat di luar betapa seriusnya perkara ini kalau tak dibendung, kalau kita tak sedarkan ibu-bapa di luar sana, perkara ini akan jadi berleluasa," kata Rosmah lagi.
Sehubungan itu, Rosmah sekali lagi menyeru supaya ibu-bapa agar sentiasa mempunyai rasa ingin tahu tentang aktiviti anak mereka terutamanya melibatkan telefon bimbit.
Malah, beliau juga menyeru orang ramai tanpa mengira parti politik, agama dan bangsa agar bersama-sama menghapuskan penderaan seksual kanak-kanak.
"Perkara ini (penderaan seksual kanak-kanak) sangat serius. Ibu-bapa terutamanya, perlu tahu perkara ini serius.
"Jaga dan ambil tahu aktiviti anak terutamanya bila mereka menggunakan telefon bimbit.
"Tidak kira agama, bangsa, politik, kita kena bekerja bersama-sama untuk hapuskan penderaan seksual kanak-kanak. Ia sangat serius," katanya lagi.
'Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak Hentikan!' akan diadakan pada 13 dan 14 Mac depan bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment