Write For Us

1MDB tuntut kapal layar mewah Equanimity

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
114 Views
Published
1MDB bawah pengurusan baru menuntut kapal mewah Equanimity yang berlabuh di Pelabuhan Klang hari ini.
Syarikat itu menjadi antara pemohon yang merampas kapal itu ketika berlabuh hari ini.
“1MDB menuntut pemilikan Equanimity kerana mereka percaya wang mereka telah disalah guna dan dibelanjakan untuk membeli kapal itu,” kata peguam Sitpah Selvaratnam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah turun dari kapal itu.
Sitpah berkata tuntutan itu dibuat berdasarkan saman pelucuthakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) tahun lalu.
Pengurusan lama 1MDB menafikan sebarang kaitan dengan Equanimity dan menafikan wangnya telah disalah guna.
Pengurusan lama juga menolak saman sivil DOJ itu.
Pengurusan baru 1MDB digantikan selepas Pakatan Harapan menumbangkan pemerintahan 61 tahun BN buat kali pertama dalam pilihan raya umum Mei lalu.
Peguam Jeremy Joseph berkata, pasukan undang-undang 1MDB telah dilantik oleh Pejabat Peguam Negara untuk mewakili kedua-dua pihak, syarikat pelaburan itu dan Putrajaya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment