Write For Us

Kapal layar 'super mewah' dikaitkan Jho Low belayar ke Hong Kong

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
161 Views
Published
Akhbar South China Morning Post melaporkan kapal layar super mewah dikaitkan dengan ahli perniagaan Malaysia, Jho Low telah belayar ke perairan Hong Kong.
Akhbar itu melaporkan walaupun terdapat spekulasi bahawa kapal layar itu, yang merupakan antara yang terbesar di dunia akan dijual, tujuan perjalanan ke Hong Kong adalah tidak jelas.
Akhbar itu juga telah menghubungi broker berpangkalan di Hong Kong bagi kapal layar berkenaan, Northrop & Johnson tetapi firma itu enggan mengulas.
Salah satu broker jualannya memberitahu syarikat itu mempunyai perjanjian kerahsiaan dengan pelanggan.
Menurut akhbar itu lagi, kapal layar itu sering dikaitkan dengan kepunyaan Jho Low di mana parti mewah dianjurkan dengan kehadiran bintang Hollywood seperti Leonardo DiCaprio.
Namun, peguamnya menafikan perkara itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment