Write For Us

2 lelaki terakhir dibebaskan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Dua lagi lelaki dilepas dan dibebaskan oleh dua Mahkamah Tinggi berasingan di Kuala Lumpur pada Rabu 26 Februari atas pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Ini menjadikan kesemua 12 lelaki termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan sama dibebaskan.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengeluarkan perintah pembebasan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad dan Muhammad Asyraf Minhad memaklumkan pihak mereka mendapat arahan daripada Peguam Negara supaya tidak meneruskan prosiding terhadap B Subramaniam, 58, dan S Thanagaraj, 27.
Terdahulu, Mohd Farhan Aliff dan Muhammad Asyraf memohon prosiding kes itu dihentikan mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah dan memberitahu bahawa tiada prospek untuk kesemua tertuduh dituduh semula.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment