Write For Us

2 Okt - tarikh bicara kes bunuh Jong-nam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Mahkamah Tinggi di Shah Alam telah menetapkan tarikh perbicaraan terhadap dua wanita yang dituduh membunuh Kim Jong-nam.
Perbicaraan terhadap warga Indonesia, Siti Aisyah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong akan bermula dari 2 hingga 5 Oktober dan akan didengar sepanjang bulan Oktober dan November.
Timbalan Pendakwa Raya Iskandar Ahmad berkata mereka telah menyediakan 33 dokumen tambahan dan beberapa CD untuk pihak pembela, yang diterima hari ini.
Ini adalah tambahan kepada 44 dokumen yang mereka sediakan kepada pihak pembela sebelum ini, katanya.
Beliau juga berkata mereka berhasrat untuk memanggil sekitar 30 hingga 40 saksi untuk perbicaraan itu.
Dua wanita asing yang didakwa membunuh Jong-nam, iaitu Siti Aisyah, 25, yang merupakan warga Indonesia dan Doan Thi Huong, 28, warga Vietnam tiba dalam konvoi pacuan empat roda berasingan.
Konvoi pertama yang membawa Doan tiba kira-kira 8.05 pagi manakala konvoi membawa Siti Aisyah yang memakai jaket kalis peluru, tiba lima minit kemudian.
Polis trafik juga mengawal lalu lintas di laluan di hadapan kompleks mahkamah.
Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.
Pada 1 Mac, kedua-dua wanita itu dihadapkan di Mahkamah Majistret Sepang atas pertuduhan membunuh Jong-nam, 45, bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Pelepasan, klia2, pada kira-kira 9 pagi 13 Februari, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Jong-nam yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Beliau dilapor berada di Malaysia sejak 6 Februari.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment