Write For Us

Mahkamah Sepang jadi fokus tunggu kes bunuh Jong-nam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Kompleks Mahkamah Sepang di sini menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa apabila pertuduhan terhadap dua suspek kes pembunuhan Kim Jong-nam akan dilakukan hari ini.
Pihak media tiba seawal 5 pagi untuk beratur di luar kompleks mahkamah itu dalam usaha untuk mendapatkan peluang mengikuti prosiding pendakwaan itu.
Pintu pagar kompleks mahkamah ditutup dan dikawal ketat oleh pihak polis.
Hanya kenderaan kakitangan di mahkamah berkenaan dibenarkan masuk.
Kaunter pendaftaran untuk media dan peguam diletakkan di bawah kanopi di sebelah pintu pagar kompleks mahkamah berkenaan.
Orang awam yang menggunakan laluan di hadapan kompleks berkenaan memperlahankan kenderaan masing-masing kerana kehairanan melihat ramai yang beratur di luar kompleks mahkamah itu sejak awal pagi.
Pautan:
Doan Thi Huong dan Siti Aisyah didakwa melakukan perbuatan tersebut bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), kira-kira 9 pagi, pada 13 Februari lalu.
Thi Huong, warga Vietnam dan Siti Aisyah, warga Indonesia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati mandatori.
Pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan dalam bahasa Vietnam dan Indonesia.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua wanita terbabit.
Turut hadir wakil daripada kedutaan kedua-dua buah negara.
Hakim Mahkamah Sesyen Harith Sham Mohamed Yasin yang bertindak sebagai Majistret menetapkan 13 April ini untuk sebutan semula kes itu.
Polis mengesahkan mangsa dibunuh dengan racun Agen Saraf VX.
Jong-nam, yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment