Ketua Pembangkang yang juga Presiden Pakatan Harapan mengetuai hampir 30 wakil rakyat pembangkang berjalan hampir 2 km dari bangunan Parlimen ke Bank Negara Malaysia bagi menyerahkan memorandum mendesak bank pusat membuka semula siasatan ke atas 1MDB.
Antara kandungan memorandum itu adalah mendesak supaya membuka semula kertas siasatan 1MDB berdasarkan penemuan bukti baharu melibatkan dana yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"BNM perlu menyiasat perkara-perkara ini secara proaktif dan telus, dan kami bersedia memberikan sebarang kerjasama berkait isu ini sekiranya perlu, demi rakyat Malaysia dan integriti sistem kewangan negara,” menurut memorandum itu, yang disokong pimpinan kanan Pakatan Harapan (PH).
Berita menyusul

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment