Write For Us

3 MP DAP aju soalan pada Pandikar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
Tiga anggota parlimen DAP yang diancam tindakan tegas kerana menghina parlimen tidak bercadang mengemukakan permohonan maaf kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Kata Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming, pihaknya masih menunggu untuk Pandikar menjawab soalan mengenai 1MDB yang mereka kemukakan terlebih dulu.
Nga - bersama V Sivakumar (Batu Gajah) dan Nge Khoo Ham (Beruas) - menerima notis daripada Pandikar semalam yang mengarahkan mereka memohon maaf kerana menuntut speaker Dewan Rakyat itu meletak jawatan.
Alasan ketiga-tiga anggota parlimen DAP itu ialah Pandikar tidak membenarkan usul tergempar yang difailkan mereka berhubung rampasan kapal persiaran mewah milik ahli perniagaan terkenal, Jho Low, serta soalan berkaitan 1MDB.
Dalam suratnya Pandikar berkata kata-kata anggota parlimen DAP itu merupakan penghinaan kepada Dewan Rakyat.
Menurut Nga dua soalan yang cuba dibawa ke Dewan Rakyat itu hanya mahukan penjelasan mengapa laporan audit untuk syarikat pelaburan milik kerajaan, 1MDB, tidak dibentangkan di parlimen jika tiada sebarang salah laku dikesan.
Satu lagi soalan, kata Nga, ialah mengapa kerajaan enggan memberikan penjelasan mengenai tindakan diambil pihak berkuasa negara asing ke atas skandal 1MDB.
Ditanya sama ada mereka sedia memohon maaf seperti dikehendaki Pandikar, Nga berkata: "Kami sedang menunggu speaker menjawab soalan kami dulu."
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment