Write For Us

Wan Azizah utus surat 'rayu' pada Pandikar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Barisan Ahli Parlimen Pakatan Harapan mengemukakan surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi menggesa keputusan melarang warga media berada di lobi Parlimen supaya dikaji semula.
Dalam surat itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa supaya zon khas untuk media diwujudkan di lobi Parlimen.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen hari ini.
Beliau berkata pusat media terlalu jauh dari Dewan Rakyat, justeru merumitkan interaksi antara Ahli Parlimen dan wakil-wakil media.
Wan Azizah berkata liputan media adalah penting bagi menyemarakkan demokrasi yang sihat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment