Write For Us

Mahathir utus surat pada Utusan Malaysia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Utusan Malaysia sengaja menyalahtafsir kenyataan beliau dengan memetiknya sebagai berkata mufti adalah kafir.
Dalam surat terbuka, pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, akhbar milik oleh Umno tahu bahawa dirinya tidak membuat kenyataan sedemikian.
Jelasnya, sebagai media milik parti kerajaan, Utusan perlu salah tafsir kenyataannya untuk menyelamatkan diri.
Dalam surat itu lagi, Mahathir meminta agar akhbar itu menerbitkan secara penuh suratnya itu.
Dr Mahathir pada ucapannya di perhimpunan agung BERSATU pada 30 Disember lalu menegur mufti-mufti di negara ini - yang turut bertanggungjawab menasihati sultan - kerana gagal berperanan dengan baik dalam isu berkaitan PAS.
Beliau merujuk kegagalan para mufti dan ulama daripada menegur Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengeluarkan “amanat” pada tahun 1981 yang menurutnya, menjadi punca tercetusnya peristiwa berdarah Memali, empat tahun kemudian.
Mengimbas kembali ucapannya dalam surat itu, bekas perdana menteri itu berkata "jika mufti tidak menolak dakwaan PAS dan Amanat Haji Hadi bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir menjadi kafir, maka mufti juga jadi kafir kerana mereka tidak menyatakan penolakan mereka.”
Mahathir berkata mufti bukan orang sebarangan dan bertanggungjawab menasihati kedua-dua Raja-raja Melayu dan rakyat mengenai Islam.
Dakwanya, Amanat Hadi dibuat kerana tujuan politik tetapi amanatnya memesongkan agama orang Islam.
Mahathir berkata memandangkan mufti tidak memberikan pendapat mereka mengenai perkara itu, ramai umat Islam percaya dengan kenyataan Abdul Hadi itu.
Ini, katanya, sehingga mengakibatkan ada yang mengisytiharkan ibu bapa mereka sebagai kafir, ada yang berkahwin sekali lagi, tolak makanan sembelihan orang Umno, sembahyang berasingan imam, mendirikan masjid berasingan dan pelbagai lagi.
Sedangkan, menurut perdana menteri selama 22 tahun itu, mufti-mufti pernah menyuarakan pandangan mereka mengenai ajaran sesat tokoh-tokoh seperti Al Arqam dan Ayah Pin.
Mahathir berkata walaupun mufti tidak sepatutnya terlibat dalam politik, namun mereka perlu campur tangan apabila Islam digunakan untuk tujuan politik dan mengelirukan rakyat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment