Write For Us

300 kenderaan asing langgar peraturan diambil tindakan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
BUKIT KAYU HITAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan ke atas lebih 300 kenderaan asing yang melakukan pelbagai kesalahan sepanjang Ops Penguatkuasaan Khas Sempadan Malaysia-Thailand, bermula 18 Februari lalu.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Zamakshari Hanipah, berkata operasi itu dilakukan di lapan pintu masuk sempadan negara iaitu dua di Perlis, dua di Kedah, satu di Perak dan tiga di Kelantan.
Katanya, antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak memiliki lesen sah, tidak memiliki permit pengedaran antarabangsa (ICP), memiliki ICP tidak mengikut peraturan dan tiada perlindungan insuran.
“Sejumlah 3,039 kenderaan asing diperiksa di lapan pintu sempadan berkenaan dan lebih 300 kenderaan dikesan melakukan pelbagai kesalahan.
“Seramai 113 pemandu dikesan tidak memiliki lesen memandu, 144 kenderaan dikesan tidak memiliki ICP, 27 kenderaan dikesan memiliki ICP tidak mengikut peraturan.
“Sejumlah 89 kenderaan juga dikesan tidak mempunyai perlindungan insuran masuk ke negara ini,” katanya pada sidang media di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Sempadan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, di sini, hari ini.
Hadir sama Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff.
Menurut Zamakshari, pihaknya juga berjaya mengutip bayaran notis saman terdahulu yang dikenakan terhadap pemandu kenderaan asing berjumlah RM44,700 yang perlu dijelaskan sebelum pesalah pulang ke negara mereka.
“Objektif Ops Penguatkuasaan ini adalah memastikan peraturan ICP dipatuhi sepenuhnya kenderaan dari Thailand yang memasuki negara ini.
“Strategi penguatkuasaan ini dilaksanakan dengan mengadakan sekatan jalan raya melepasi jarak dua kilometer dari pintu sempadan.
“Tindakan pengeluaran notis saman dan penyitaan akan diambil terhadap kenderaan Thailand yang gagal mematuhi peraturan ICP,” katanya.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment