Kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong, semasa menjawab soalan di Parlimen semalam bahawa Malaysia terlibat dengan Operasi "Ops Yaman 2" tanpa kelulusan kabinet amat mengejutkan, kata Pengerusi AMANAH Terengganu Datuk Raja Bahrin Shah.
Menurut Raja Bahrin, Ops 2 tidak mendapat kelulusan Kabinet dan rakyat Malaysia yang tidak tahu wajib diberitahu kerana ia melibatkan pengangkutan alat serta bahan perang yang boleh dan telah pun membunuh ramai rakyat awam Yaman.
Timbalan Menteri Perumahan Kerajaan dan Tempatan itu juga mempersoalkan mengapa bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan juga Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, ketika itu mustahil tidak tahu tentang hal tersebut dan mengapa menyembunyi perkara sebesar itu dari pengetahuan rakyat Malaysia dan kabinet.
Semalam Liew mendedahkan bahawa kabinet tidak dimaklumkan berhubung penglibatan Malaysia dalam operasi ketenteraan membantu Pakatan Arab Saudi di Yaman.
Liew memberitahu Dewan Rakyat bahawa Malaysia sebelum ini menugaskan 42 pegawai tentera ke Riyadh, Arab Saudi pada April 2015 untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Yaman.
Operasi berkenaan dikenali sebagai Ops Yaman 1.
Bagaimanapun, pada Jun 2015, misi itu ditukar menjadi misi logistik yang dikenali sebagai Ops Yaman 2 dengan penglibatan 94 pegawai tentera.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment