Write For Us

Tiga projek mega terbengkalai, Raja Bahrin lapor SPRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat tiga projek mega terbengkalai di Terengganu yang bernilai hampir RM1 bilion.
Beliau yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Terengganu berkata projek mega itu ialah Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak; Taman Ilmu di Tembila, Besut; dan Kompleks Bebas Cukai Kenyir yang dibangunkan dengan kos antara RM300 juta dan RM320 juta setiap satu.
Raja Kamarul Bahrin Shah berkata beliau menyerahkan beberapa dokumen kepada SPRM mengenai ketiga-tiga projek tersebut termasuk laporan terperinci siasatan insiden bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh pada 2009.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment