Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Hamid Apdal, adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal, malam tadi.
Memetik Malaysiakini, sumber berkata Hamid ditahan pada 9.30 malam, selepas tiga jam sesi soal siasat di pejabat SPRM di Kota Kinabalu.
Hamid hadir ke pejabat SPRM pada 10 pagi, selepas badan itu gagal menemuinya ketika pergi ke rumahnya.
Difahamkan Hamid diambil dari rumahnya di Putatan oleh lima pegawai SPRM pada 3.30 petang.
Mereka mencari bahan bukti bagi membantu siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dana bagi projek pembangunan luar bandar di negeri itu.
Mereka berada di sana sehingga 6 petang, sebelum membawa Hamid ke pejabat SPRM semula.
Dakwaan penyelewengan dana itu dikatakan bagi projek pembangunan yang sepatutnya dilaksanakan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sebelum pemecatan Shafie daripada portfolio itu ketika rombakan kabinet pada 2015.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment