Write For Us

Adik Shafie Apdal dibebaskan dengan jaminan SPRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Hamid Apdal, adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Ahli perniagaan yang berusia 52 tahun itu ditahan berhubung siasatan kes penyelewengan dana awam di Sabah.
Perintah dikeluarkan oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie di Hospital Pakar Damai pada 10 pagi.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM50,000 dengan deposit RM25,000.
Hamid disambung reman lima hari pada Ahad lalu, selepas tempoh tahanan reman lima hari yang dikeluarkan mahkamah sama pada Rabu minggu lalu berakhir.
Tempoh reman Hamid sepatutnya berakhir esok tetapi diawalkan hari ini.
Pada Ahad lalu, Hamid dimasukkan ke Hospital Pakar Damai atas masalah kesihatan.
Hamid ditahan pada 10 Oktober lalu bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana awam projek pembangunan luar bandar bernilai RM1.5 bilion yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Sabah antara 2009 hingga 2015.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment